Friday, 27 September 2013

Tips Fotografi Sunrise


Foto sunrise dan sunset merupakan antara foto penting yg harus dilakukan oleh penggemar fotografi. Tidak semestinya anda perlu membeli kamera  DSLR untuk menangkap sunrise yg cantik, kadangkala dengan menggunakan telefon pintar anda sudah dapat menghasilkan foto yg menarik. Jikalau anda sudah mencuba tetapi kurang berpuas hati dengan hasilnya, bolehlah pula mencuba tips berikut supaya foto sunrise anda bertambah baik selepas ini.

1. Semak cuaca sebelum turun
Cuaca yg cerah membuatkan matahari jelas kelihatan, sekaligus menjadikan sunrise anda kelihatan menarik. Oleh itu pastikan anda memeriksa cuaca terlebih dahulu sebelum turun ke lokasi kegemaran anda.
Cuaca memberikan impak kepada foto

2. Tiba lebih awal di lokasi
Untuk mendapatkan banyak foto, pastikan anda sampai 15 minit awal di lokasi. sekiranya matahari terbit jam 7 pagi, pada jam 6.45 anda mesti sudah berada di sana kerana sebelum matahari terbit biasanya akan kelihatan cahaya berwarna oren, merah dan kuning atau dalam bahasa fotografi ia dipanggil magic light.
Cahaya inilah yg dipanggil magic light
3. Sudut dan komposisi
Sudut atau angle memainkan peranan penting bagi sunrise. Oleh itu anda mesti mencari sudut yg sesuai supaya foto kelihatan menarik. Selain itu pastikan komposisi juga tepat, elakkan mengambil foto dalam keadaan senget kerana kadangkala membuatkan foto anda kelihatan cacat.
Pastikan foto anda tidak senget

4. Tambahkan elemen
Jenis elemen adalah terpulang kepada kretiviti anda dan keadaan lokasi. Antara elemen kegemaran saya ialah pokok, dahan kayu, dan pemancing yg berada ditepi pantai.
Untuk foto ini saya menggunakan pokok sebagai objek tambahan

Pemancing dan bot merupakan objek tambahan
5. Fokus kepada objek utama
Jika menambahkan elemen, jangan biarkan objek utama anda iaitu matahari kelihatan terlindung. Pastikan objek utama anda jelas walau apa jua keadaan.
Ranting kayu tidak melindungi objek utama

6. Refleksi
Refleksi atau pantulan akan membuatkan sunrise anda kelihatan lebih menawan. Bila disebut refleksi, benda utama yg terbayang di fikiran ialah air laut. Selain dari air laut, anda boleh mencuba benda lain seperti tiles, side mirror kereta ataupun lopak air.
Seramik lantai pentas sebagai alat pantulan sunrise

7. Tambah filter
Kebiasaan kamera telefon tidak dapat merakam warna dan keadaan sunrise dengan sempurna, oleh itu perlulah diedit atau menambah filter supaya warna lebih menarik. Elakkan berlebihan dalam edit kerana boleh menyebabkan foto menjadi bintik2 hitam ataupun dipanggil noise.
Tambahkan filter untuk nampak lebih menarik

8. Snap sebanyak mungkin
Waktu keemasan sunrise biasanya cukup singkat. Ia berlaku sekitar 10-15 minit sahaja. Oleh itu pastikan anda menikmati setiap minit waktu penting ini yg dalam bahasa fotografi ia dipanggil golden hour ini sebaik2nya. Shot sebanyak mungkin dan cuba dari pelbagai teknik dan sudut.


Selamat mencuba.

Lokasi : Pantai Bukit Keluang, Besut

No comments:

Post a Comment