Pantai Bukit Keluang merupakan pantai yg cantik dan unik kerana
terdapat struktur batu di tepi pantai dan membentuk gua-gua kecil. Terletak
kira-kira 4 km dari pekan Kuala Besut atau 19 km dari Bandar Jerteh, dan 140 km
dari Bandar Kuala Terengganu. Pantai ini dahulunya terkenal sebagai tempat
persembunyian lanun-lanun dan sebagai markas tentera jepun.
Menurut penduduk tempatan, nama Bukit Keluang berasal dari nama
seorang srikandi bernama Khu Foo Luan yg berasal dari negara Thailand telah
melarikan diri lalu menetap di bukit tersebut. Penduduk ketika itu sukar untuk
menyebut namanya, jadi mereka memanggilnya dengan nama Keluang.
Antara tarikan pantai Bukit Keluang ialah gua2 kecil dan pondok kecil yg terletak di tepi bukit tetapi sukar untuk ke situ kerana tangganya
sudah runtuh akibat hakisan banjir.
![]() |
| Pondok kecil yg terletak di pinggir bukit |
Keindahan panorama tempat ini juga menjadi tarikan sebagai lokasi
pengambaran filem ataupun drama televisyen. Antara filem popular yg melakukan
pengambaran di situ ialah Hikayat Merong Mahawangsa terbitan KRU Studios.
Selain itu, tempat ini terkenal sebagai lubuk ikan bagi kaki2 pancing di
kawasan sekitar.
Bagi peminat2 fotografi, pemandangan matahari terbit (sunrise)
merupakan antara tarikan utama, dan merupakan antara lokasi sunrise yg sangat
menarik di daerah Besut.









No comments:
Post a Comment