Friday, 27 September 2013

Tips Fotografi Sunrise


Foto sunrise dan sunset merupakan antara foto penting yg harus dilakukan oleh penggemar fotografi. Tidak semestinya anda perlu membeli kamera  DSLR untuk menangkap sunrise yg cantik, kadangkala dengan menggunakan telefon pintar anda sudah dapat menghasilkan foto yg menarik. Jikalau anda sudah mencuba tetapi kurang berpuas hati dengan hasilnya, bolehlah pula mencuba tips berikut supaya foto sunrise anda bertambah baik selepas ini.

1. Semak cuaca sebelum turun
Cuaca yg cerah membuatkan matahari jelas kelihatan, sekaligus menjadikan sunrise anda kelihatan menarik. Oleh itu pastikan anda memeriksa cuaca terlebih dahulu sebelum turun ke lokasi kegemaran anda.
Cuaca memberikan impak kepada foto

2. Tiba lebih awal di lokasi
Untuk mendapatkan banyak foto, pastikan anda sampai 15 minit awal di lokasi. sekiranya matahari terbit jam 7 pagi, pada jam 6.45 anda mesti sudah berada di sana kerana sebelum matahari terbit biasanya akan kelihatan cahaya berwarna oren, merah dan kuning atau dalam bahasa fotografi ia dipanggil magic light.
Cahaya inilah yg dipanggil magic light
3. Sudut dan komposisi
Sudut atau angle memainkan peranan penting bagi sunrise. Oleh itu anda mesti mencari sudut yg sesuai supaya foto kelihatan menarik. Selain itu pastikan komposisi juga tepat, elakkan mengambil foto dalam keadaan senget kerana kadangkala membuatkan foto anda kelihatan cacat.
Pastikan foto anda tidak senget

4. Tambahkan elemen
Jenis elemen adalah terpulang kepada kretiviti anda dan keadaan lokasi. Antara elemen kegemaran saya ialah pokok, dahan kayu, dan pemancing yg berada ditepi pantai.
Untuk foto ini saya menggunakan pokok sebagai objek tambahan

Pemancing dan bot merupakan objek tambahan
5. Fokus kepada objek utama
Jika menambahkan elemen, jangan biarkan objek utama anda iaitu matahari kelihatan terlindung. Pastikan objek utama anda jelas walau apa jua keadaan.
Ranting kayu tidak melindungi objek utama

6. Refleksi
Refleksi atau pantulan akan membuatkan sunrise anda kelihatan lebih menawan. Bila disebut refleksi, benda utama yg terbayang di fikiran ialah air laut. Selain dari air laut, anda boleh mencuba benda lain seperti tiles, side mirror kereta ataupun lopak air.
Seramik lantai pentas sebagai alat pantulan sunrise

7. Tambah filter
Kebiasaan kamera telefon tidak dapat merakam warna dan keadaan sunrise dengan sempurna, oleh itu perlulah diedit atau menambah filter supaya warna lebih menarik. Elakkan berlebihan dalam edit kerana boleh menyebabkan foto menjadi bintik2 hitam ataupun dipanggil noise.
Tambahkan filter untuk nampak lebih menarik

8. Snap sebanyak mungkin
Waktu keemasan sunrise biasanya cukup singkat. Ia berlaku sekitar 10-15 minit sahaja. Oleh itu pastikan anda menikmati setiap minit waktu penting ini yg dalam bahasa fotografi ia dipanggil golden hour ini sebaik2nya. Shot sebanyak mungkin dan cuba dari pelbagai teknik dan sudut.


Selamat mencuba.

Lokasi : Pantai Bukit Keluang, Besut

Wednesday, 25 September 2013

Pantai Bukit Keluang

Pantai Bukit Keluang merupakan pantai yg cantik dan unik kerana terdapat struktur batu di tepi pantai dan membentuk gua-gua kecil. Terletak kira-kira 4 km dari pekan Kuala Besut atau 19 km dari Bandar Jerteh, dan 140 km dari Bandar Kuala Terengganu. Pantai ini dahulunya terkenal sebagai tempat persembunyian lanun-lanun dan sebagai markas tentera jepun.

Menurut penduduk tempatan, nama Bukit Keluang berasal dari nama seorang srikandi bernama Khu Foo Luan yg berasal dari negara Thailand telah melarikan diri lalu menetap di bukit tersebut. Penduduk ketika itu sukar untuk menyebut namanya, jadi mereka memanggilnya dengan nama Keluang.

Antara tarikan pantai Bukit Keluang ialah gua2 kecil dan pondok kecil yg terletak di tepi bukit tetapi sukar untuk ke situ kerana tangganya sudah runtuh akibat hakisan banjir.

Pondok kecil yg terletak di pinggir bukit
Keindahan panorama tempat ini juga menjadi tarikan sebagai lokasi pengambaran filem ataupun drama televisyen. Antara filem popular yg melakukan pengambaran di situ ialah Hikayat Merong Mahawangsa terbitan KRU Studios. Selain itu, tempat ini terkenal sebagai lubuk ikan bagi kaki2 pancing di kawasan sekitar.


Bagi peminat2 fotografi, pemandangan matahari terbit (sunrise) merupakan antara tarikan utama, dan merupakan antara lokasi sunrise yg sangat menarik di daerah Besut.









Friday, 13 September 2013

Teknik fotografi air terjun

Air terjun sememangnya indah, tetapi bukan semua orang pandai mengambil gambar air terjun dengan baik. Bagi yg mahir dgn kamera DLSR, mereka biasanya bermain dengan shutter speed untuk menghasilkan gambar yg sangat cantik dan air tersebut nampak seakan2 sedang bergerak.

Contoh gambar yg diambil menggunakan DSLR..

Bagi pengguna telefon pintar, saya akan kongsikan 7 tips untuk anda jika mahukan gambar air terjun anda kelihatan cantik dan menarik.

1. Jenama telefon
Anda mungkin gembira jika dapat membeli telefon bimbit dgn harga yg murah tanpa mengetahui tahap kemampuan kamera telefon anda. Saya menggunakan sony ericsson k660i yg kameranya cuma 2 megapixel tetapi hasil gambar air terjun yg diambil kelihatan lebih berkualiti dari kamera LG optimus sol 5 megapixel. Hasil tinjauan saya mengenai Iphone, reaksi dari pengguna2 mereka mengatakan kamera iphone antara yg terbaik bagi telefon pintar. Saya pernah menggunakan Samsung S2 dan kualiti kameranya juga bagus. Selain itu juga, saya juga pernah menggunakan HTC sensation dan hasilnya juga cukup memuaskan.

hasil dari Sony Ericsson k660i (2 megapixel)

HTC sensation (8MP)

2. Saiz megapixel
Sejak akhir2 ini terdapat banyak telefon2 klon di pasaran. Saya pernah terjumpa dgn penjual yg mengatakan telefon klon Samsung S4 yg mereka jual kameranya 13 megapixel. Tetapi ketika saya cuba mengambil gambar dgn kamera telefon tersebut ternyata hasil kualiti gambarnya mmg teruk dan jauh berbeza dgn Samsung S4 yg ori. Mungkin betul 13 megapixel tetapi dari segi sensor camera tersebut ia tidaklah sebegitu bagus. Oleh itu, jangan terpedaya dgn saiz megapixel telefon klon.

3. Masa yg sesuai
Cahaya matahari yg sangat terang boleh merosakkan foto anda. Elakkan dari waktu tengahari (12-1 petang) ketika cahaya matahari memancar refleksi di dalam air kerana boleh menyebabkan silau dan lebihan cahaya pada gambar. Seeloknya pada ketika cuaca mendung atau pada waktu pagi ketika wap air kelihatan.

4. Komposisi dan sudut
Pastikan gambar yg diambil tidak senget kerana itu boleh menyebabkan kecacatan pada hasil seni anda. Untuk kelihatan menarik, anda boleh merakamkan air terjun tersebut dgn kedudukan di tengah2 dan pastikan anda berada di sudut atau angle yg betul. Untuk menambah kreativiti, anda boleh menggunakan objek lain sebagai bantuan, contohnya daun, batu dan pokok2.
Untuk foto ini saya menggunakan daun2 yg berguguran di dalam sungai sebagai objek bantuan

5. Sentiasa mengelap lensa
Lensa kamera telefon anda mungkin terdedah kepada wap ketika berada berhampiran dengan air terjun. Oleh itu pastikan anda sediakan kain untuk mengelap lensa supaya foto yg diambil nampak jelas.

6. Tambah filter
Tujuan menambah filter bukanlah disebabkan foto anda kurang menarik, tetapi ia untuk mencantikkan lagi hasil seni fotografi. Bagi aplikasi Instagram, antara filter yg sesuai untuk foto air terjun ialah hudson dan rise.

7. Latihan
Perbanyakkan latihan dan pastikan anda mengambil gambar seberapa mungkin dari segenap sudut. Kemudian anda nilai sendiri atau bertanya kepada kawan2 foto mana yg paling menarik.


Lokasi : Air Terjun Jeram Linang

Thursday, 12 September 2013

Air terjun Jeram Linang



Jeram Linang ialah salah satu kawasan rekreasi yg menarik di Kelantan. Terletak di daerah Machang,kira-kira 22km dari bandar Machang dan 20km dari bandar Pasir Puteh. Terdapat sumber mengatakan, Jeram Linang merupakan air terjun yg terawal dimajukan di negeri Kelantan.


Untuk sampai ke lokasi air terjun yg paling tinggi, pengunjung mesti berjalan kaki mendaki bukit berbatu kira-kira 10 minit. Air terjun Jeram Linang ialah dari jenis air terjun bertingkat setinggi 12 meter.

Kemudahan
Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) telah membina banyak kemudahan seperti tempat letak kereta, surau, wakaf rehat, tandas awam dan gerai untuk kemudahan dan keselesaan pengunjung, juga terdapat chalet dan tapak perkhemahan.


Tumpuan
Kawasan ini menjadi tumpuan dan sering dikunjungi orang ramai pada hujung minggu, cuti umum dan musim cuti sekolah. Jeram Linang sememangnya cukup sesuai bagi fotografer untuk merakam gambar2 air terjunnya yg cukup jernih dan nyaman.