Selamat datang kepada semua pengunjung blog ni. Terlebih dahulu saya ingin menceritakan sedikit sebanyak tentang blog ini.
 |
| Screenshot profil dari henpon |
Pada peringkat permulaan, saya cuma seorang yg suka2 snap gambar dan post di laman instagram. Akan tetapi lama kelamaan saya rasa sangat berminat untuk mempelajari lebih mendalam tentang fotografi. Tiba satu masa bila jumlah followers sudah mencecah ribuan, lantas gambar2 dari galeri saya telah mendapat perhatian dari beberapa orang fotografer profesional dan pernah beberapa kali terpilih untuk "
photo of the day" lantas ada kawan2 yg berminat dengan gambar saya dan bertanya tentang teknik fotografi dan cerita latar belakang dari gambar yg saya ambil.
 |
| Pilihan mingguan oleh ig_everything |
 |
| igersmy |
Dengan adanya blog ini saya akan berkongsi teknik2 fotografi dengan hanya menggunakan telefon pintar tetapi hasilnya sehebat kamera DSLR. Disamping itu, saya juga akan menceritakan sedikit sebanyak tentang lokasi gambar diambil.
 |
| i love malaysia |
 |
| tema harian gf malaysia |
Ramai kawan2 yg terkejut dan hairan bagaimana saya boleh dapat ramai followers dalam masa yg singkat dan ada di antara followers saya merupakan fotografer yg hebat2 seperti Ahmet Erdemm dari Turki (lihat profil beliau
http://instagram.com/ahmeterdemm ) dan Michael Schulz dari Jerman (
http://instagram.com/berlinstagram ). Oleh itu, saya akan membongkar rahsia cara2 untuk mendapat 500 followers dalam masa sebulan secara berperingkat.
 |
| terpilih untuk ig kreatif |
Secara jujurnya saya bukanlah seorang profesional dalam bidang fotografi ni dan saya tidak memiliki kamera DSLR pun!. Kesemua gambar saya diambil dengan menggunakan telefon pintar android sahaja. Jadi atas desakan kawan2 saya mengambil keputusan untuk bekecimpung dalam dunia blogger dan bercerita mengenai gambar2 walaupun saya tidak ada pengalaman dalam bidang penulisan.
 |
| gf malaysia photo of the day |
Bagi pengunjung blog ini yg ada akaun instagram bolehlah melawat saya di
http://instagram.com/muhaiminstagram .
No comments:
Post a Comment